Daisypath Anniversary tickers

Put your link here,. And i will follow your blog!` TQ

Sunday, April 24, 2011

Donut => Kuih Keria Kentang !!

Ahahahaha yang ni memang entry kelakar,. mana tak nya,. lain yang nak buat lain yang jadi apa daaaa!!
Percubaan membuat donut,. memang la senang ajer bahan bahan nya,. tapi aku gatal konon nak letak kentang dalam adunan tu,., Yerla sebelum ni pernah makan donut labu,. haaa sedap gile,. Perghhhh jadi aku pon nk mengolah resipi la konon,.

Pi rebus kentang sekali 6 ketul,. gila banyak ahahahahaa,. mana tak tak jadi,. jadi kuih keria la ,. sebab dah tak naik,. lembap aja donut nyer,. bila di goreng ,. ternyata ALHAMDULILLAH sedap dan lembut,. wangi lagi bau dia,. hurmmm kempunan lagi la nak makan donut,. takpe,. takpe,. Masa panjang lagi insya'ALLAH mesti aku buat punya,. Hehehehehehe


DONUT BIASA :Bahan-bahan ( 18 biji - saiz besar )

  • 3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast)
  • 1/4 cawan air suam
  • 1 1/2 cawan susu segar, pada suhu bilik ATAU dipanaskan sedikit
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 biji telur
  • 1/3 cawan shortening/butter
  • 5 cawan tepung gandum
  • Minyak untuk menggoreng
  • Cara-cara

  • Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.
  • Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.
  • Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda. Bagi yg ada breadmaker, boleh sediakan doh dlm bread maker macam buat roti.
  • Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong 'donut' dengan donut cutter. Bagi yg takde dunut cutter (macam sy), bahagikan doh kepada 18 bahagian yg seimbang. Bulatkan doh, buat lobang ditengah-tengah degan jari.
  • Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
  • Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.
  • Toskan minyak. Salut degan icing semasa donut itu masih panas.




DONUT LABU MANIS : Bahan-bahan ( 55 bj )

  • 1 kg tepung
  • 11/2 peket yis segera mauripan(jumlah brt=16g)
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1/2 sudu makan garam
  • 300 gm labu yg tlh direbus empuk
  • 3 biji telur besar
  • 1/2 cawan gula
  • 1 cawan rata majerin
  • castor sugar secukupnya utk ditabur pd donut


    Cara cara:
  1. gaul rata tepung, susu & yis.
  2. menggunakan blender cili, kisar telur & gula hingga hancur. campurkan labu rebus, blend lg.. jika kental sangat campurlah sesudu dua air suam. campurkan garam & majerin, blend hingga sebati.
  3. Dsc00099
    campurkan bahan2 yg dimesin ke dalam tepung & uli hingga menjadi satu doh yg kenyal & licin. dlm 10-15 minit gak lah.. (tambah sedikit air jika perlu, semasa menguli td)
  4. Dsc02621
    biar doh mengembang lebihkurang 1 jam.
  5. Dsc02622
    pastu gentel bulat doh lalu dileperkan. susun atas dulang yg telah ditabur sedikit tepung.
  6. Dsc02625
    bila doh mengembang sekali lagi, boleh lah dibuat lubang dengan jari lalu digoreng dgn api perlahan hingga masak kedua2 bahagian.
  7. Dsc02632
    bila telah keperangan, angkat & tos kan donat. semasa masih suam2 golek2kan kedalam gula castor.
  8. Dsc02642
    siapp.. jemput makan rahel... hehe


    CREDIT TO: MYRESIPI.COM

No comments:

Post a Comment