Daisypath Anniversary tickers

Put your link here,. And i will follow your blog!` TQ

Thursday, June 23, 2011

Menjelang HaRI Bersejarah: 2 Hari Sebelum

Khamis 23rd June 2011: 2 Hari sebelum hari pernikahan aku,. Orang kata berdebar,. tapi aku rasa tidak,. Cehhhhhh belagak gila bunyi nyer,. Bukan la belagak sangat tpi itulah hakikat nya,. Mungkin penat agaknya kot,. Penat berkemas,.

8.30am:
Dah bangun,. walaupun mata bagai di gam punya mengantuk,. Sebab malam tadi kurang lena sikit,.
9.00am:
Breakfast dengn air kopi dan cengkongdok pisang,. Hahahaa buatan emak,. Ngeee
10.00am:
Memasang langsir emak yang baru di buat tu,. Cehhhh sume serba baru, takperla nanti RAYA tk payah la buat lagi yer tidak,.?! Kan,.
11.00am:
Mengantuk la,. Sambung tidor,. wahahahahahaa
12.30noon:
Baru bangun,. Hehehehehe lapar arr pulak.. Makan dulu.. Berlaukkan Pucuk Paku masak lemak dan ikan Tonggol goreng,. Masyukkl,. Alhamdulillah sedap,. Biasalah emak masak,. Emak lagi,. Haishhhhhhhhhhhh!!!
1.00petang:
Tengok tyv ,. buat apa yang patot,.
1.00petang dan keatas:
Emak dan abah biasalah ,. sibuk buat itu dan ini,. Senang katanya nanti orang datang takla banyak kerja nak di usai.


- Goody bag semua dah siap di isi malam tadi,.
- Barang barang untuk kenduri semua dah ada,. ALHAMDULILLAH
- Bilik tidur dah siap pun,. Semua buat sendiri dengan bantuan Kak Long.
- Hantaran jangan cakapla,. sebulan sebelum dah siap dah,. Aku buat sendiri jer,. Jadila,. Senang hati,.
- Pelamin akan di pasang hari ini,. Lepas Isyak,. menurut yang tukang pasang la.
#Esok sambung lagi

Agenda untuk esok:
- Nak kene keluar ke pekan PD pula. Untuk beli kek kahwin. Dan buah buahan untuk gubahan katanya. Biasala kang beli awal awal habis kene ngap dan rosak,. Terpaksa walaupon malas sebab penat!!

Sunday, June 19, 2011

Hari aku!

Engkau nampak tak aku tengah menangis?! tk nampak kan,. sebab engkau jauh,.
Tapi engkau takde perasaan ker?? perasaan nak kol aku ker? Tenang kan hati aku,

Paling paling bangsat pon tunjukkan perasaan kesian kt aku pon takper la!

Wednesday, June 15, 2011

Letih!

Ingat kan dah resign tk pening,. rupanya lagi pening duduk rumah! Penat! Letih!
Lagi elok pergi kerja pagi,. balik pukul 5. satu hari di ofis,balik rumah buat apa yang patut dan,.. tidur!
Esok dah hari baru.

Macam macam,. 26 tahun dengan macam macam,kalao baru 26tahun hidup dah tak larat dengan benda yang macam macam, macam mana la kalau di izinkan ALLAH SWT umur panjang nanti,. Nak menghadap kerenah manusia yang bikin sakit kepala, sakit hati. Kiri kanan depan belakang dengan kerenah yang sama.

Puas aku fikir! besar gadang mana la perlakuan buruk aku yang orang tak henti henti nak menyakitkan hati aku. Lepas sorang,. sorang lagi. Nak kata aku belum terima balasan,. dah puas ALLAH SWT balikkan hukum karma pada aku. Dengan tanpa sedikit merungut pun,. aku pikol!

Cara percakapan ,. intonasi suara macam aku ni jahat sangat! Bila di tanya, diam membisu tak menjawab.
Tapi peliknya di belakang umpama tin kosong yang bising,.

Apa lagi aku nk fikir?! apa lagi aku nk buat ,. nak bagi orang nampak yang aku ni tk la buruk sangat pon perangai. Aku dah banyak berubah,tapi masih orang tk nampak,. bukan la nak heboh sangat kata aku ni ah baik,. Tidak pon!! Cuma buang la pemikiran yang lama tu.

Arghhhhhhhh apa di kisah orang!! Apa di apik cakap cakap orang. Tonggang tebalik pon esok aku sorang. Lebih baik aku kesahkan diri aku. Lantakla,orang nak dulukan kekawan,.. anak orang lain baik dari aku ke.. aku jahat ke.. Lantakla!!!! Tak guna nak sakit hati,tak guna nak menangis. Macam tak biasa sorang sorang!!!

Friday, June 10, 2011

Alergic!


Aku menghadapi alergik sejak 2 hari lepas,. kalau la aku boleh tunjuk pada kamu semua,.
Masalahnya tk boleh,.
Kali terakhir aku d serang alergik yang mcam ni asa zaman sekolah,. dah lama sangat,. Di tapak kaki dan tangan,.
Akan timbul gatal gatal dan perit,. dan melembung,. tk besar tpi halus halus,. dan banyak! Nasib baik bukan yang berair,.
Puas dok fikir aku makan apa ekk?!! takkan pasal udang yng aku makan 4 hari lepas tu??! ishhhh
Malas nak pergi klinik,. tk tau nak sapu ubat apa. Biar kan jerlaa
Masalah bertimpa timpa pulak,. Hurmmm redha jerla,



Wednesday, June 08, 2011

Kan elok,. kalau kita saling menerima seadanya! :)

Kan elok,. kalau kita saling menerima seadanya! :)
Kenapa aku boleh,. kenapa engkau tidak! :)
Sedihnya hati aku sampai ke tulang sumsum!:)
Tapi aku trima jer!:)
Sebab memang betul pun,. itu kan aku,Dah memang aku begitu!:)
Aku macam tu pun ikut tempat. Kalau depan orang ramai /orng tua insya'ALLAH aku jadik seorang yang umpama " pijak semut pon tak mampos"!!!! :)
Jangan risau ok. Air muka engkau sentiasa keutamaan aku! :)
I AM NOT A TYPE OF GIRL YANG MENGGEDIK!
Manja aku bertempat,. Kalau tak boleh bergurau rajin rajinkan la diri pergi surau!!!
Kan lebih elok kalau kita saling menerima seadanya! :)
Adil kan?!
Aku terima!:)
Engkau..?! :)
TERIMA KASIH!
JUST GET AWAY FROM ME,.
RAMAI LAGI PEREMPUAN GEDIK KT LUAR SANA,.
Just pick one,. but don't regreat sebab engkau nanti cuma akan di jadikan jantan simpanan untuk duit dans time sangap!!!!
SEBAB?! TANYALAH DIRI SENDIRI,. JANGAN JADIK BINGAI TANYAA AKU BALIK KENAPA,.



Monday, June 06, 2011

Satu perkara!

Satu pekara yang aku tak faham,.sampai sekarang aku tak faham,.
Perkara apa ?! owhhh mengenai seseorang yang tak boleh merelakan masa silam dengan ikhlas,..
Yang masih di belenggu oleh masa lampau,. yang langsung tiada hala tuju hidup,. yang masih bergantung harap pada perkara masa silam,.
Serius! Aku tak faham,.

Lagi tak faham bila masih boleh memberi harapan pada orang yang lain,.
tetapi masih memikul kisah kisah masa lalu.Seolah masih tidak dapat menerima takdir yang di tentukan.
Entah,. tak tau nak berfikir yang macam mana,. jika terlebih andaian,takut salah dan mendatangkan dosa.



Yang sakit,. adalah orang yang di beri harapan,. yang baru muncul dalam hidup. Jika masih tidak boleh melepaskan kisah masa lalu.. Jangan memberi harapan,kerna itu kan mengecewakan dan melukakan hati orang adil,. Tidak adil bukan?!


Memang ia tidak boleh di lupakan,.


*APSAL AKU SAKIT HATI NAK TULIS ENTRY PSAL BENDA BODOH NI??!!!. KALAU LA MASA BOLEH DI UNDUR.. AKU TAK NAK TERJEBAK DALAM BENDA NI SEMUA..HARUS TAK AKU REDHA?!



Sunday, June 05, 2011

Tak suka! tak suka! tak suka!

Aku tak suka kena paksa,..
tk suka di paksa. kalau aku mau aku boleh lakukan sendiri,.
Apa yang tak faham sangat sampai nak memaksa,.?!
Tak reti bahasa ke orang tak nak,.

Benda senang pon tak faham,.

Jangan paksa,. tak sukala! setiap orang ada kemahuan sendiri,. Tolong hormat sikit.
Engkau bukan siapa siapa yang boleh tentukan hidup aku.
Apa yang aku suka,apa yang tidak,.semua itu terpulang pada aku sendiri!!

Saturday, June 04, 2011

Niat!

Apa niat kamu,.?!
Niat apabila kamu manulis sesuatu,. mengatakan sesuatu,. tentang sesuatu yang baik.
Adakah setiap bait perlakuan baik kamu atau perbuatan ke arah kebaikan yang ingin kamu lakukan andai di luahkan bisa mendatangakn kesalah fahaman mereka,.

Mereka,.?! Owhh mereka yang cuma bila mendengar atau membaca sesuatu perkara baik yang di zahirkan melalui kata kata atau penulisan,..mereka yang cuma hanya berfikir sekali dan lalu menyalah artikan atau tersalah mentafsir niat sebenar seseorang itu tentang perkara baik yang di lakukan.

Pada aku tak penting apa yang orang fikir. Apa yang penting niat kita,
Niat kita yang ingin memberi motivasi diri sendiri. Bukan untuk menunjuk atau menghebahkan pekara baik yang di lakukan.Pada aku,.. ada perbezaan bagaimana perkara baik yang di lakukan itu di luahkan dengan sudut yang berbeza.

Orang yang berfikir seperti ini,. harus membetul kan rohani,. dan jika ingin menegur seeloknya biar dengan cara berkhemah,. Bukan melepasan ketidakpuasan hati membabi buta dengan tanpa memikirkan adakah perkara baik itu di lakukan bertujuan menunjuk nunjuk, riak,. atau pun ianya adalah sesuatu yang menyeru kepada semua, untuk sama sama melakukan perkara baik.Bukan untuk mendapatkan pujian. Cuma mungkin nanti ada antara meraka yang menyampaikan doa kepada ALLAH SWT agar kita terus melakukan perkara yang baik,dengan niat yang baik,dan hanya kerana ALLAH SWT.
 
Kan leboh elok bertenang.. Berfikir dengan lebih dalam. Atau, jika perlu.. ulang baca atau di ulang tanya. Jangan cuma menempel ketidak puasan hati tanya mengetahui niat seseorang itu.
Dan penting juga untuk kita tidak masuk campur jika cara menegur itu di lepaskan dengan aura yang salah.
Jika kamu betul betul seorang yang positif,. Kamu tidak akan kepikiran langsung tentang yang perkara baik yang ingin atau sedang di lakukan itu adalah dengan  NIAT  YANG MENUNJUK NUNJUK ATAU MENDAPATKAN PUJIAN.

Bagaimana jika kamu silap menilai akan niat itu,.??! Kamu jawab sendiri..