Daisypath Anniversary tickers

Put your link here,. And i will follow your blog!` TQ

Thursday, June 23, 2011

Menjelang HaRI Bersejarah: 2 Hari Sebelum

Khamis 23rd June 2011: 2 Hari sebelum hari pernikahan aku,. Orang kata berdebar,. tapi aku rasa tidak,. Cehhhhhh belagak gila bunyi nyer,. Bukan la belagak sangat tpi itulah hakikat nya,. Mungkin penat agaknya kot,. Penat berkemas,.

8.30am:
Dah bangun,. walaupun mata bagai di gam punya mengantuk,. Sebab malam tadi kurang lena sikit,.
9.00am:
Breakfast dengn air kopi dan cengkongdok pisang,. Hahahaa buatan emak,. Ngeee
10.00am:
Memasang langsir emak yang baru di buat tu,. Cehhhh sume serba baru, takperla nanti RAYA tk payah la buat lagi yer tidak,.?! Kan,.
11.00am:
Mengantuk la,. Sambung tidor,. wahahahahahaa
12.30noon:
Baru bangun,. Hehehehehe lapar arr pulak.. Makan dulu.. Berlaukkan Pucuk Paku masak lemak dan ikan Tonggol goreng,. Masyukkl,. Alhamdulillah sedap,. Biasalah emak masak,. Emak lagi,. Haishhhhhhhhhhhh!!!
1.00petang:
Tengok tyv ,. buat apa yang patot,.
1.00petang dan keatas:
Emak dan abah biasalah ,. sibuk buat itu dan ini,. Senang katanya nanti orang datang takla banyak kerja nak di usai.


- Goody bag semua dah siap di isi malam tadi,.
- Barang barang untuk kenduri semua dah ada,. ALHAMDULILLAH
- Bilik tidur dah siap pun,. Semua buat sendiri dengan bantuan Kak Long.
- Hantaran jangan cakapla,. sebulan sebelum dah siap dah,. Aku buat sendiri jer,. Jadila,. Senang hati,.
- Pelamin akan di pasang hari ini,. Lepas Isyak,. menurut yang tukang pasang la.
#Esok sambung lagi

Agenda untuk esok:
- Nak kene keluar ke pekan PD pula. Untuk beli kek kahwin. Dan buah buahan untuk gubahan katanya. Biasala kang beli awal awal habis kene ngap dan rosak,. Terpaksa walaupon malas sebab penat!!

Sunday, June 19, 2011

Hari aku!

Engkau nampak tak aku tengah menangis?! tk nampak kan,. sebab engkau jauh,.
Tapi engkau takde perasaan ker?? perasaan nak kol aku ker? Tenang kan hati aku,

Paling paling bangsat pon tunjukkan perasaan kesian kt aku pon takper la!

Wednesday, June 15, 2011

Letih!

Ingat kan dah resign tk pening,. rupanya lagi pening duduk rumah! Penat! Letih!
Lagi elok pergi kerja pagi,. balik pukul 5. satu hari di ofis,balik rumah buat apa yang patut dan,.. tidur!
Esok dah hari baru.

Macam macam,. 26 tahun dengan macam macam,kalao baru 26tahun hidup dah tak larat dengan benda yang macam macam, macam mana la kalau di izinkan ALLAH SWT umur panjang nanti,. Nak menghadap kerenah manusia yang bikin sakit kepala, sakit hati. Kiri kanan depan belakang dengan kerenah yang sama.

Puas aku fikir! besar gadang mana la perlakuan buruk aku yang orang tak henti henti nak menyakitkan hati aku. Lepas sorang,. sorang lagi. Nak kata aku belum terima balasan,. dah puas ALLAH SWT balikkan hukum karma pada aku. Dengan tanpa sedikit merungut pun,. aku pikol!

Cara percakapan ,. intonasi suara macam aku ni jahat sangat! Bila di tanya, diam membisu tak menjawab.
Tapi peliknya di belakang umpama tin kosong yang bising,.

Apa lagi aku nk fikir?! apa lagi aku nk buat ,. nak bagi orang nampak yang aku ni tk la buruk sangat pon perangai. Aku dah banyak berubah,tapi masih orang tk nampak,. bukan la nak heboh sangat kata aku ni ah baik,. Tidak pon!! Cuma buang la pemikiran yang lama tu.

Arghhhhhhhh apa di kisah orang!! Apa di apik cakap cakap orang. Tonggang tebalik pon esok aku sorang. Lebih baik aku kesahkan diri aku. Lantakla,orang nak dulukan kekawan,.. anak orang lain baik dari aku ke.. aku jahat ke.. Lantakla!!!! Tak guna nak sakit hati,tak guna nak menangis. Macam tak biasa sorang sorang!!!

Friday, June 10, 2011

Alergic!


Aku menghadapi alergik sejak 2 hari lepas,. kalau la aku boleh tunjuk pada kamu semua,.
Masalahnya tk boleh,.
Kali terakhir aku d serang alergik yang mcam ni asa zaman sekolah,. dah lama sangat,. Di tapak kaki dan tangan,.
Akan timbul gatal gatal dan perit,. dan melembung,. tk besar tpi halus halus,. dan banyak! Nasib baik bukan yang berair,.
Puas dok fikir aku makan apa ekk?!! takkan pasal udang yng aku makan 4 hari lepas tu??! ishhhh
Malas nak pergi klinik,. tk tau nak sapu ubat apa. Biar kan jerlaa
Masalah bertimpa timpa pulak,. Hurmmm redha jerla,



Wednesday, June 08, 2011

Kan elok,. kalau kita saling menerima seadanya! :)

Kan elok,. kalau kita saling menerima seadanya! :)
Kenapa aku boleh,. kenapa engkau tidak! :)
Sedihnya hati aku sampai ke tulang sumsum!:)
Tapi aku trima jer!:)
Sebab memang betul pun,. itu kan aku,Dah memang aku begitu!:)
Aku macam tu pun ikut tempat. Kalau depan orang ramai /orng tua insya'ALLAH aku jadik seorang yang umpama " pijak semut pon tak mampos"!!!! :)
Jangan risau ok. Air muka engkau sentiasa keutamaan aku! :)
I AM NOT A TYPE OF GIRL YANG MENGGEDIK!
Manja aku bertempat,. Kalau tak boleh bergurau rajin rajinkan la diri pergi surau!!!
Kan lebih elok kalau kita saling menerima seadanya! :)
Adil kan?!
Aku terima!:)
Engkau..?! :)
TERIMA KASIH!
JUST GET AWAY FROM ME,.
RAMAI LAGI PEREMPUAN GEDIK KT LUAR SANA,.
Just pick one,. but don't regreat sebab engkau nanti cuma akan di jadikan jantan simpanan untuk duit dans time sangap!!!!
SEBAB?! TANYALAH DIRI SENDIRI,. JANGAN JADIK BINGAI TANYAA AKU BALIK KENAPA,.



Monday, June 06, 2011

Satu perkara!

Satu pekara yang aku tak faham,.sampai sekarang aku tak faham,.
Perkara apa ?! owhhh mengenai seseorang yang tak boleh merelakan masa silam dengan ikhlas,..
Yang masih di belenggu oleh masa lampau,. yang langsung tiada hala tuju hidup,. yang masih bergantung harap pada perkara masa silam,.
Serius! Aku tak faham,.

Lagi tak faham bila masih boleh memberi harapan pada orang yang lain,.
tetapi masih memikul kisah kisah masa lalu.Seolah masih tidak dapat menerima takdir yang di tentukan.
Entah,. tak tau nak berfikir yang macam mana,. jika terlebih andaian,takut salah dan mendatangkan dosa.



Yang sakit,. adalah orang yang di beri harapan,. yang baru muncul dalam hidup. Jika masih tidak boleh melepaskan kisah masa lalu.. Jangan memberi harapan,kerna itu kan mengecewakan dan melukakan hati orang adil,. Tidak adil bukan?!


Memang ia tidak boleh di lupakan,.


*APSAL AKU SAKIT HATI NAK TULIS ENTRY PSAL BENDA BODOH NI??!!!. KALAU LA MASA BOLEH DI UNDUR.. AKU TAK NAK TERJEBAK DALAM BENDA NI SEMUA..HARUS TAK AKU REDHA?!



Sunday, June 05, 2011

Tak suka! tak suka! tak suka!

Aku tak suka kena paksa,..
tk suka di paksa. kalau aku mau aku boleh lakukan sendiri,.
Apa yang tak faham sangat sampai nak memaksa,.?!
Tak reti bahasa ke orang tak nak,.

Benda senang pon tak faham,.

Jangan paksa,. tak sukala! setiap orang ada kemahuan sendiri,. Tolong hormat sikit.
Engkau bukan siapa siapa yang boleh tentukan hidup aku.
Apa yang aku suka,apa yang tidak,.semua itu terpulang pada aku sendiri!!

Saturday, June 04, 2011

Niat!

Apa niat kamu,.?!
Niat apabila kamu manulis sesuatu,. mengatakan sesuatu,. tentang sesuatu yang baik.
Adakah setiap bait perlakuan baik kamu atau perbuatan ke arah kebaikan yang ingin kamu lakukan andai di luahkan bisa mendatangakn kesalah fahaman mereka,.

Mereka,.?! Owhh mereka yang cuma bila mendengar atau membaca sesuatu perkara baik yang di zahirkan melalui kata kata atau penulisan,..mereka yang cuma hanya berfikir sekali dan lalu menyalah artikan atau tersalah mentafsir niat sebenar seseorang itu tentang perkara baik yang di lakukan.

Pada aku tak penting apa yang orang fikir. Apa yang penting niat kita,
Niat kita yang ingin memberi motivasi diri sendiri. Bukan untuk menunjuk atau menghebahkan pekara baik yang di lakukan.Pada aku,.. ada perbezaan bagaimana perkara baik yang di lakukan itu di luahkan dengan sudut yang berbeza.

Orang yang berfikir seperti ini,. harus membetul kan rohani,. dan jika ingin menegur seeloknya biar dengan cara berkhemah,. Bukan melepasan ketidakpuasan hati membabi buta dengan tanpa memikirkan adakah perkara baik itu di lakukan bertujuan menunjuk nunjuk, riak,. atau pun ianya adalah sesuatu yang menyeru kepada semua, untuk sama sama melakukan perkara baik.Bukan untuk mendapatkan pujian. Cuma mungkin nanti ada antara meraka yang menyampaikan doa kepada ALLAH SWT agar kita terus melakukan perkara yang baik,dengan niat yang baik,dan hanya kerana ALLAH SWT.
 
Kan leboh elok bertenang.. Berfikir dengan lebih dalam. Atau, jika perlu.. ulang baca atau di ulang tanya. Jangan cuma menempel ketidak puasan hati tanya mengetahui niat seseorang itu.
Dan penting juga untuk kita tidak masuk campur jika cara menegur itu di lepaskan dengan aura yang salah.
Jika kamu betul betul seorang yang positif,. Kamu tidak akan kepikiran langsung tentang yang perkara baik yang ingin atau sedang di lakukan itu adalah dengan  NIAT  YANG MENUNJUK NUNJUK ATAU MENDAPATKAN PUJIAN.

Bagaimana jika kamu silap menilai akan niat itu,.??! Kamu jawab sendiri..

Tuesday, May 24, 2011

Wa.. Lu..!!!

Macam la diri tu baik sangat.. Boleh berbuat baik ,.
tpi kalau depan sja baik tapi dalam hati hitam legam,. untuk apa kan,?!

Aku pon tak sempurna jugak,. Engkau pon sama,. tapi kalau dah selalu buat pekara yang sama..
Bosanlaa wa kan!

Tapi takpe.. Dari wa angin,,baik wa diam. Lu suka kan?!
Suka macam tu.. Meh sini wa nak ajar lu skit.

Ikot suka wa la,. wa nak buat apa pon. Jnji tk menyusahkan lu.

Friday, May 20, 2011

Tak sabar!

Hurm,. Bangga ni aku nak bagi tau yang aku dah tender,.
Mula pada 12th May hari tu dan bakalan berakhir 12th June 2011ini insya'ALLAH,.
Semoga semuanya berjalan lancar,. Aminn..

Sebab apa tak sabar,?! sebab ni la waktu yang aku tunggu selama ni,.
Keluar dari sini,carik udara baru,suasana baru,. kekawan baru,.
Hehehee naik tepu dah otak aku hampir 6 thun kat sini.
Hari hari benda yang sama,. Bosan la.Gila stress

Tapi kan,. sok sok mesti aku rindu plak kt TBR ni.
Ngeeeee biasala tu kan kan..

Yeayyyyy Alhamdulillah!!!
Aku dah bersedia untuk menghadapi semua cabaran yang menanti di luar sana.
Yang pasti lebih besar lebih banyak,. Hahahahaaa dan aku yakin pasti!!

AKU BOLEH!! YESSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS!!!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, May 12, 2011

betul betul kawan!






Kenapa dengan tajuk aku hari ini,.?! aku nak bercerita pasal kawan,.
kawan yang macam mana,.?! dah tentu kawan yang boleh bergelak ketawa dan menangis bersama,.
kawan yang sudi bersama saat susah dan senang
kawan yg tak perlu di cari saat di perlukan
kawan yang memang akan ada untuk kita,.
kawan yang selalu mengambil berat pasal kita,yang selalu bertanyakan itu dan ini walaupun keadaan kita baik,.

Saat yang macam ni,. baru aku perasaan,. setiap kali keadaan rumit,. keadaan tegang dengan permasalahan, aku hanya tinggal aku,. Tiada satu mesej apa lagi panggilan ,. atau teguran secara langsung bertanyakan keadaan aku,.
Bahkan aku,selalu,.. selalu menjadi penyibuk bertanyakan itu dan ini,. bukan hendak mengungkit,. bukan mahu berkira,. tapi itula harapan aku,. bila aku  berusaha menjadi kawan yang baik,kawan yang bertanyakan saat suka dan duka,. aku kepingin,ingin seseorng yang bergelar kawan berada di sisi aku,. ikhlas menegur ikhlas bertanyakan khabar aku,.


Tapi aku hampa,. acap kali!! setiap kali dan kali ini aku tersedar,. rupanya aku masih belum jumpa dengan kawan yng boleh di beri panggilan KAWAN SEJATI!! yang ada sekarang hanyalah kawan biasa yang datang dan pergi dan cuma menyinggah sebentar dan bila beroleh apa yang di inginkan semua beransur hilang,.

Bak kata orang,. HENDAK SERIBU DAYA,TAK HENDAK SERIBU DALIH!!! KAWAN SEJATI akan berusaha sehabis boleh semata mata untuk kita,.


Tapi,.. Ya Allah!! kenapaku dilahirkan dengan mempunyai hati yang sangat pemaaf?! yang sangat suka memberi ruang dan peluang,.?!

Friday, April 29, 2011

Aku dah fade up to face up!!

Susah ke,.?! ke agak susah?! Susah nak dapatkan apa yang kita nak,. susah nak suruh orang faham apa yang kita perlukan,.

Aku dah fade up!! sangat fade up!!!! Demi ALLAH aku fade up! Aku fade up dengan segala tipu helah,. akud ah fade up dengan segala janji manis,. Aku dah sangat fade up bila aku di jadikan picisan!!! Hanya picisan,. Sepatutnya aku adalah keutamaan,.

Aku dah fade up dengan sunyi,. aku dah fade up dengan sepi,. aku dah sangat fade up dengan  BEING ALONE dengan tanpa sesiapa pon yang ambil berat,. Aku dah fade up mencari cari seseorang untuk di jadikan bahu segala kesediahan,. permasalahan,. bahkan aku dah fade up dengan kecapan ketawa dan gembira kerna hanya aku seorang saja yang AKU ADA UNTUK AKU!!!!

Thursday, April 28, 2011

Ungu - Cinta Dalam Hati *Untuk seseorang yg pernah memberi pelajaran kepada aku*


Ungu - Cinta Dalam Hati Lirik :-
mungkin ini memang jalan takdirku
mengagumi tanpa di cintai
tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
dengan hidupmu, dengan hidupmu


telah lama kupendam perasaan itu
menunggu hatimu menyambut diriku
tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
bahagia untukku, bahagia untukku
[Cinta Dalam Hati on http://lyricsmusicvideo.blogspot.com ]

reff:
ku ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu
meski ku tunggu hingga ujung waktuku
dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
dan ijinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejab saja
Kenapa lagu ni,.?! :) Lagu yang buat aku senyum bila dengar walaupun dah bertahun,..
Faham tak maksud lagu tu,?! Senang jer,.   MENCINTAI TAK SEMESTINYA MEMILIKI! :)
Sakit kan,.?! ahahaaaa tapi berterima kasih dan bersyukur sebab tidak memiliki,. kerna andi aku memiliki cinta yang ini,. aku tak akan jadi,. dan ada yang sekarang ini..

Banyak sangat perkara yang aku belajar,. yang dia ajar di sebalik setiap pembohongan yang berlaku dalam hidup aku,. Ini hanya mengimbas kembali tidak sesekali aku akan patah balik,.
* TIDAK ADA MANUSIA SEMPURNA,. MAKA TERIMA LAH SEADANYA!
* ADA HIKMAH DI SEBALIK APA YANG BERLAKU.. SANGAT BETUL!
* JANGAN MENILAI DARI CANTIK NYA LUARAN.. KERNA ANDA AKAN TERTIPU,. NILAILAH DAI CANTINYA DALAMAN,INSYA'ALLAH AKAN BERKEKALAN!

Sangat banyak sebernya,. sikit jerla aku bagi,. nnti mood aku ok aku update lagi,. owhhh sebenarnya entry ni khas untuk seseorng yg pernah hadir dalam hidup aku,. sebab rindu saat saat aku di tipu,. sayang aku dah buang nombor ,. kalau tak aku nak kol tanya khbar,. Hurmmm Dah jadi bapa agaknya ko ni kan?! semoga ALLAH beri engkau hidayah untuk berubah,. MUHAMMAD FAHIMIE aka STRIDER,. TERIMA KASIH :)

Wednesday, April 27, 2011

Seperti Biasa!

Aku,.
Seperti biasa,.
Tiada apa yang menarik,. :)
Tapi hari ni ada sedikit kelainan,..
Perasaan,..
Sesuatu yang menerjah,..
Yang membuat aku kepikiran,.. Jauh,..
Sangat jauh,..
Sesuatu yang aku mau,. Tapi membuat kan aku kecut perut...
Sesuatu yang baru,. Yang belum aku tau,.
Liku likunya,.

Aku,.
Seperti biasa,. :)
Dengan senyuman,..
Arghhhhhh redah ajerla,. sangat biasa,.
walaupun,.. :'(

Aku,..
Seperti biasa,..
Aahahaaa masih tertawa,.  dan :)

Kerana seperti biasa,.
Aku tidak pernah meragui hati aku,.KUAT!
:)



Sunday, April 24, 2011

Donut => Kuih Keria Kentang !!

Ahahahaha yang ni memang entry kelakar,. mana tak nya,. lain yang nak buat lain yang jadi apa daaaa!!
Percubaan membuat donut,. memang la senang ajer bahan bahan nya,. tapi aku gatal konon nak letak kentang dalam adunan tu,., Yerla sebelum ni pernah makan donut labu,. haaa sedap gile,. Perghhhh jadi aku pon nk mengolah resipi la konon,.

Pi rebus kentang sekali 6 ketul,. gila banyak ahahahahaa,. mana tak tak jadi,. jadi kuih keria la ,. sebab dah tak naik,. lembap aja donut nyer,. bila di goreng ,. ternyata ALHAMDULILLAH sedap dan lembut,. wangi lagi bau dia,. hurmmm kempunan lagi la nak makan donut,. takpe,. takpe,. Masa panjang lagi insya'ALLAH mesti aku buat punya,. Hehehehehehe


DONUT BIASA :Bahan-bahan ( 18 biji - saiz besar )

  • 3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast)
  • 1/4 cawan air suam
  • 1 1/2 cawan susu segar, pada suhu bilik ATAU dipanaskan sedikit
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 biji telur
  • 1/3 cawan shortening/butter
  • 5 cawan tepung gandum
  • Minyak untuk menggoreng
  • Cara-cara

  • Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.
  • Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.
  • Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda. Bagi yg ada breadmaker, boleh sediakan doh dlm bread maker macam buat roti.
  • Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong 'donut' dengan donut cutter. Bagi yg takde dunut cutter (macam sy), bahagikan doh kepada 18 bahagian yg seimbang. Bulatkan doh, buat lobang ditengah-tengah degan jari.
  • Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
  • Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.
  • Toskan minyak. Salut degan icing semasa donut itu masih panas.




DONUT LABU MANIS : Bahan-bahan ( 55 bj )

  • 1 kg tepung
  • 11/2 peket yis segera mauripan(jumlah brt=16g)
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1/2 sudu makan garam
  • 300 gm labu yg tlh direbus empuk
  • 3 biji telur besar
  • 1/2 cawan gula
  • 1 cawan rata majerin
  • castor sugar secukupnya utk ditabur pd donut


    Cara cara:
  1. gaul rata tepung, susu & yis.
  2. menggunakan blender cili, kisar telur & gula hingga hancur. campurkan labu rebus, blend lg.. jika kental sangat campurlah sesudu dua air suam. campurkan garam & majerin, blend hingga sebati.
  3. Dsc00099
    campurkan bahan2 yg dimesin ke dalam tepung & uli hingga menjadi satu doh yg kenyal & licin. dlm 10-15 minit gak lah.. (tambah sedikit air jika perlu, semasa menguli td)
  4. Dsc02621
    biar doh mengembang lebihkurang 1 jam.
  5. Dsc02622
    pastu gentel bulat doh lalu dileperkan. susun atas dulang yg telah ditabur sedikit tepung.
  6. Dsc02625
    bila doh mengembang sekali lagi, boleh lah dibuat lubang dengan jari lalu digoreng dgn api perlahan hingga masak kedua2 bahagian.
  7. Dsc02632
    bila telah keperangan, angkat & tos kan donat. semasa masih suam2 golek2kan kedalam gula castor.
  8. Dsc02642
    siapp.. jemput makan rahel... hehe


    CREDIT TO: MYRESIPI.COM

Thursday, April 21, 2011

Hadiah kahwin!

Hurm,. Sopan tk kalau aku minta hadiah kawen ni kat kekawan?! Ada yang tanye,. ada yang tak tapi aku saja jer menyakat mintak hadiah,. Ahahahahaaaa


Mengada kan. Apa hadiah yang aku idamkan?! Kalau ikut tak kisah pon,. Orang bagi dah ALHAMDULILLAH.. Tapi sejujur nya apa yang aku mahu adalah senarai di bawah,hehehehehee :-

1. Periuk nasi elektrik


2. Blender

3. Oven

4. Cake Mixer

5. Iron with iron board

6. Kipas angin

7. Kettle atau Cerek air

8. Peti ais < ada ke sapa nak bagi ni?>

9. TV,. < Haaaaaaa..??! Hihihih>


10.Set pinggan mangkuk/set cawan


11. Vacum



Ahahaha itu adalah keperluan yg sangat boleh di guna pakai di kemudian hari,. Ishh ish ishh buruk nya perangai,. Tapi mana tau rezeki ALLAH nak bagi,.! Amin amin,. hehe

Monday, April 18, 2011

TER-Delete gambar!

Salam kawan,. Hurm sebelom ni aku ada janji kan nak upload gambar nilai3 dan member kahwin?! Hurmm yang bff aku kahwin tu dah selamat pon upload cuma yg nilai3 tu tk boleh la

sebab: AKU DAH TERDELETE SEMUA GAMBAR2 AKU DALAM MEMORY CARD PHONE SEMALAM!! SEMUA!! NOTHING LEFT BEHIND,. CISSSSSSSSSS,. TAK TAU LA MACAM MANA AKU BOLEH TERDELETE,. ADOIIYAI TIDAK DI SENGAJAKAN OKAY,. RASA SAYANG SANGAT RALAT GILA NI,. RASA NAK MENANGIS PON ADA,

Tapi apa boleh buat dah jadik pon,. nak menangis pon cam orang bodoh lak kang kan,. SORRY OK GENG!!
NEXT TIME INSYA'ALLAH ,KALAU AKU PEGI LAGI LA NILAI3 TU,. Huarghhhhhhhhhhhhhhhhh


Gambar dri Google!

Gambar dri google!

Saturday, April 09, 2011

Nilai 3 punya cerita!

Aahahahaha patot nye aku update cita ni dahulu,tapi tak apela sama je kan..
Cerita pergi Nilai 3 beli barang kawen la kononya kan,. Beriya iya emak aku nak pegi,. dek mendengarkan kata kata kawan kawan dia yang kat Nilai 3 barang agak murah jugak,.

Pergila kami ni, emak ,aku abah, kak longa dan ank bongsunya syed Imran. Naik NAZA sewa okay,RM 150.00 pergi dan pulang,. Hhihihihikkk,. Agak mahal tapi tak apalah janji lepas aku nak beli barang barang perkahwinan aku kan..

Sampai kat Nilai 3 dalam pukul 2.. Banyaknya pilihan,harga boleh tahanla,. kalau murah pun sikit saje,. tk la banyak pon,. tapi pilihan memang akan buat anda rambang mata,. Harharr
Hurmm dapatlaa cadar warna yang aku mahu.. Siap tempah kat tempat tu,makan masa 2.30jam jugakla,. agak lama,. Sementara tu pergi bejalan beli bunga telur,dan sebagainya,.

Penat! Kami cuma pergi 2 kedai ajer,. tak larat nak jalan dah,. Ahahaha. 4 lebih gerak balik,. Alhamdulillah walaupun tak beli semua tapi sekurang kurang nya dah langsai la yg penting penting,.



ps: AKU berhutang gambar lagi ni pada anda semua,.Hihiihi

Thursday, April 07, 2011

Pre Wedding Photoshoot punya cerita!

Haaa.. hai.. hehe. Hikhik..

Sakit sakit badan ni.. Ngahahaa macam la pegi manebang kayu.. Alhamdulillah selesai sudah. Senang hati,tak payah nak fikir dah.
Sakit badan bukan ape. dah tu, amek gambar panjat atas batu laa.. baring atas pasir la.. main tepuk tepuk tanganla.. Erkkk adeke?! :o adelah kot,. Ahahahaaa..


Dahla keras. macam kayu,.. Permulaan aje bila dah dapat mood. Hurm apa lagi. Posing tk ingat la..
Tak sabar nak tengok hasilnya.. Tempat biasa biasa je.. Di pantai Port Dickson,Teluk Kemang.. dan yang paling best,menarik dan cantik.. di pantai yg penuh pokok bakar dan lumpur,. beserta perahu nelayanya belakang rumah aku aje,. ahahahaa ala alaa nelayan la pulak.



p/s: Hurmm.. banyak aku berhutang gambar dengan anda semua,. gambar kucing aku adam,gambar majlis kahwin sahabat aku,. dan gambar pre wedding ni,. Insya'Allah bila aku dah ada usb nanti aku upload.. Tunggu!!

Friday, March 25, 2011

Kawan baikku Kahwin!

Seperti yang di janji! Gambar kahwin my BFF!

Aku jadi pengapit! Don"t steal this pic haa!


My Best friend married!Dalam bahasa inggerisnya,.Ekekekekee hari ni kawan baik aku, yang aku kenal dari zaman sekolah lagi,satu kampong,tpi kelas lain lain ,bernikah,.Malam ni majlis berinai,esok baru majlis sandingnya.Aku jadi pengapit! Ahahaaa giler teruja ni ha,. tak sabar pon ada,.Semalam lagi kami dah singgah rumah hany( kami: Aku,aizam,aida,shidot,abng yanz,en dol,suman,chef shahril) ahahaha bukan apa saja berkongsi keseronokkan dalam kesibukan. Sambil sambil menolong apa yang patut.

Dengan bunga rampainya,. dengan sireh junjungnya,. dengan hiasan cadar bilik tidurnya,. dengan berinainya,. sangat seronok! Nanti ada gambar aku upload,. memang ada tpi dalam telefon si hany pulak dah,.

Opps lupala hadiah si hany ni..Gamaknya lambat sikitlaa baru bagi yer PUAN HANY! heheee



selamat pengantin baru
semoga kekal abadi
bahgia ke anak cucu
sentosa murah rezeki

alhamdulillah bertemu jodohnya
berkat kesucian akhir terlaksana

pabila sedang bersanding
janganlah suka menjeling
menjadi raja sehari
tersenyum nampak berseri

tenangkanlah hati dengan kesyukuran
sabar mengahadapi tempuh hidup baru
Ucapan Istimewa untuk Hany dan Syahrul: Selamat Pengantin Baru!Selamat menempuh hidup baru sebagai pasangan suami isteri,.Semoga rumahtangga kalian di berkati ALLAH SWT,.dan mendapt anak anak yang soleh dan solehah,.Amin Ya Robbal A'lamain

Ketahuila wahai sahabat.. Aku sangat bahagia dengan pernikahan mu ini. TAHNIAH!