Daisypath Anniversary tickers

Put your link here,. And i will follow your blog!` TQ

Wednesday, February 29, 2012

Semakin sukar,.!~~

SubhanaAllah besar sungguh kuasaMu Ya Allah,. walau aku sering lalai padaMu ,.tapi sedikit pon KAU takpernah lupakan aku,.
Selalu ada untuk aku,. dalm senang dan dalam susahku,.

Semakin sukar aku rasa,. hari demi hari,.
Betul kata emak, susah bila kita nak bebuat baik tapi ada saja kekangan dari mereka yang mempunyai masalah jiwa,.

Semakin hari aku semakin mengerti dan memahami perjalanan hidup emak,.
Perasaan emak,.Apa yang aku alamai sekarang,itula yang emak alami,. Dan aku rasa apa yang emak tanggung selama ni adalah lagi berat.

Kenapa emak biasa melaluinya dan mengapa tidak aku?!~ Padahal kami sama manusia.sama wanita ,sama isteri dan sama ibu,.

Ahhh hti emak terlalu tabah untuk akus elamai

Friday, February 24, 2012

25Weeks (6 Bulan)

Hai,. wahhh betul betul malas saya ni nak update blog,. Ahahhahahaaaa biase la kan,.

Tiada apa yang baru cuma nak share jer saya nyer kandungan usia dah 6 Bulan,. baby dah pandai main boxing lam perot,. dah start licking ,.

Tak sabar betul nak tunggu dai lahir,.semoga seglanya selamat

Friday, January 20, 2012

Saya ada seekor baby kucing!!~ Tapiii

Saya ada seekor baby kucing yang comel,. warnya bulu nya seakan kelabu,.usianya mungkin dalam seminggu pada hari ini,..
Matanya belum terbuka,. suaranya amboi nyaring sekali bila lapar,.
Seronok saya! Dia sangat comel,.Geram!
Saya syang pada dia,. saya sanggup bangun tidak kira waktu pagi petang siang malam untuk bagi dia susu botol,.sangat comel,.eeeiiiii
Smpai tersenggut senggut sebab mengantuk

Alkisahnya,. Adik ipar sya yang jumpa kucing tu,.katanya cuma dia seekor kat atas rumput tu,.
Ibunya tiada pun,.mungkin telah di tinggalkan rasanya,.
Atas dasar kasihan adik ipar saya bawak balik baby kucing tu,.




Saya panggil si kenit comel,.

Tapi saya sedih hingga menitiskan air mata! Sebab si kenit sakit pada hri ni,. Pagi td pada pukol 4.015 am pg saya bngun bagi susu pada dia,. tengok dia ok jer,. aktif lgi,.
Tak tau mana silapnya dia mula lemah,. mulut nyer keluar air lior berlendir dan ternganga,. Dah lemah sangat,.bagi susu pon tak nak..  Saya usap kaki dan tangan nya,. badannya,. ada respon tapi cuma sedikit,.
Hembusan nafasnya menjadi perlahan,.
Saya minta pada ALLAH tolong selamat kan baby kucing ni,.sebab saya dah jatuh sayang pada dia,.
Tapi hukum alam,. sume di dunia ini yang nampak dan tidak nampak sume adalah kepunyaan ALLAH,.

sUARA si kenit semakin perlahan dan akhirnya saya usik si kenit,. langsung tk bergerak! DAH KAKU,.
hembusan nafas dah berhenti,. mulutnya ternganga!

Si kenit dah mati!
Ya Allah untuk pertama kali dalam hidup saya.. saya menangis teresak esak ,. sedih dan rindu dengn si kenit,. Allah sahaja yang MAHA TAHU perasaan saya,. Saya rasa ralat, kalau si kenit di jaga oleh ibunya mesti dia masih bernafas kan?!~~


Si kenit mati pada 2.55 petang tadi 20.1.2012...

"Sayang anak emak,, lapar la tu,.sekonyok konyok emak ni,.jangan nngis yer emak ader ni.."

Smpai sekarng masih terngiang ngiang suara si kenit,.

Tahun Baru 2012

Amboi dh 20 hri menyambut tahun baru ,. baru sekarang nak update,.sorry kawan sya agak keletihan sejak akhir akhir ini,.





Apapun saya mengucapkan selamat tahun bru 2012 ye,.semoga tahun bru ini lagi bermakna buat kawan semua,. dan syukur kepadaNya saya masih bernafas hingga saat ini,.

Alhamdulillah

Sunday, November 27, 2011

Tahun Baru Islam= Maal Hijrah 1433

Assalammu'alaikum wrt kepada semua pembaca,.
wahhhhhh lamasudah tak masuk blog,. dah berkulat ini blog,. Tiada cerita yang menarik pon untuk di kongsi tu yang lama tak menulis,.

Cuma jalani hidup macam biasa,.Hehehe orang dah nak jadi ibu,.ehh ehh lupe la,.untuk pengetahuan sahabat semua saya nak kongsikan kepada anda kisah gembira saya,. Saya bakal menjadi ibu tak lama lagi Insya'Allah semoga semuanya berjalan lancar dan selamat.Kandungan baru berusia 12Minggu je,. Baru lagi,. Belum scan pon,. Hihhihihih


Keadaan saya Alhamdulillah tak la mabuk teruk cuma hari hari pening dan berangin normal la tu kan,.
Tak suka nak makan nasi putih,.ekekekee tapi bila dah lapar sangt saya ngap ajer,. Alhamdulillah setakat ni belom la nak mengidam makan yang pelik pelik,semuanya yang biasa biasa kita jumpa je,. Ada yang kata anak saya lelaki,sebab tak mabuk teruk,. Ada yang kata perempuan sebab lihat pada muka saya yang ebrseri ni,.AHHHHH biarlah lelaki atau perempuan janji sihat dan selamat,. Itu adalah anugerah ALLAH. Saya menerima nya dengan kesyukuran.

Alhamdulillah penghijrahan yang terbaik untuk saya yang dikurniakan oleh ALLAH SWT . Rezeki yang paling tidak bernilai di dunia yang fana ni. Tak sabar rasanya ingin memikul tanggungjawab menjadi ibu walaupun ada yangsaya dengar ia sangat berliku,. Insya'Allah


Okay la sahabat semua,. Tinggal dulu yer,.Kalau ada cerita menarik nanti saya update,..
Owhhh saya sekarangni kan dah malas nk tulis cerita pasal perangai orang,pasal perasaan semua.. Dah tak kuasa.


Tata

Sunday, October 02, 2011

Pengkhianat: Talam dua muka

Salam sejahtera kepada pembaca semua,.
Sejak akhir akhir ni saya sering diberi dugaan oleh ALLAH,. Tak kira kecil atau besar,. Air mata saya menjadi begitu murah.. Bukan mahu merungut,malahan saya bersyukur kerna saya mendapat pengajaran dari itu,.
Mungkin cerita ini atau seperti tajuk entry diatas sedang and alami,. atau pun sudah anda alami,.

Cerita nya begini,..
Pernah tidak anda di khianati oleh orang yang anda mungkin percaya atau sdah dianggap seperti kawan atau saudara sendiri? Maksud saya, anda pernah berkongsi akan kisah apa saja kepada mereka ini,. Tetapi apa yang anda tidak sedar adalah kisah anda itu yang sepatutnya disimpan rapi telah di ceritakan pada orang lain dengan niat hendak meburuk burukkan anda... Atau ada juga seperti musuh anda,.atau seseorang yang mungkin mereka kenali seperti si polan A contohnya: pada anda diceritakan penuh dengan keburukan,. itu ini begitu begini,.,anda cuma menjadi bodoh mendengar,. Tetapi tiba tiba atas alasan yang agak kurang jelas orang yang diburukkan itu menjadi kawan kepada mereka yang bergelar si pengkhianat ini. Dalam tidak sedar juga berkemungkinan besar anda juga sedang diburuk burukan kepada si polan A tersebut,.

Saya mula terfikir yang mereka dalam golongan si pengkhianat atau bermuka muka ini sebenarnya tujuanya adalah cuma mahu melaga lagakan anda dan juga si polan A ini.. Dan ternyata mereka dalam golongan ini langsung tidak boleh di beri kepercayaan walaupun ianya adalah darah daging anda sendiri.. Bermulut jahat suka mengumpat. Dan yang paling penting berhati busuk

Ingat yer pembaca, berhati hati,.
Boleh berkawan dengan si pengkhianat ini tapi pastikan anda mempunyai perisai diri,. Takut nanti ditikam dari belakang pula,.

Saya rasa macam serik tapi apa boleh buat tanpa kehadiran si pengkhianat ini tak berseri la dunia yang fana ini,.
Jangan layan orang yang macam ini,.

Sekian cerita saya

Friday, September 30, 2011

Hari ini 30 sept 2011

Bukan salah aku!! Tapi aku yang menangis,. aku yang meratap sendu dan memujuk rayu
Ker masih nak kata aku yang bersalah,.. Baiklah aku terima,. Yerla salah akula,..
|
Takpe Hari ni hari aku,. esok lusa hari engkau,tapi aku tk faham bila tiba hari engkau tu,aku tak buat macam tu pulak,.aku telan,aku senyum walaupun pahit,.aku maafkan dan terim,a seadanya walaupun benda tu perkara besar,.

Aku manusia biasa,. aku tak HEBAT! aku buat kesilapan,. tapi aku terima kesilapan aku,. Aku minta maaf,aku tak ego,.

Takperla siapa aku kan,aku kan menumpang,. menumpang dari semua segi,.
Tak nak cakap dengan aku kan,sebab aku tunggul,. Baik kita tak perlu bercakap!
Aku dah penat nak mengalah walalupun aku tau mengalah tak semestinya kalah,.

ALLAH SWT, sejak akhir akhir ini,begitu banyak dugaan yang KAU beri pada aku,. berkali kali perkara yang melukakan hati aku terjadi,. tapi aku redha,dan memaafkan,. aku beri peluang aku anggap itu kesilapan bgi seorang manusia yang memang tidak sempurna
Tapi ENGKAU sendiri lihat,bagaimana aku tenggelam dalam kesilapan aku yang tak seberapa,. dan jika di kaji adakah perkara itu kesilapan aku??!~ Salah aku ker,??

Owhh lupa,aku tiada hati dan perasaan,aku selalu menyusahkan orang..
mereka Bercakap sedapmulut,. bergurau ikut suka tanpa mengira batas,. sedngkan perkara remeh yang di guraukan itu adelah perkara yang palong menyakitkan aku
Ape apehal aku yang paling last di cari!!

Ahhhhhhh apa lagi yang mahu di bahas,.perkara sudah terjaidi,jiwa aku semakin kosong dan sempit,.
Bahagia bukan dengan apa yang orang lihat kan tapi dengan apa yang kitarasa,.!! betulla tu,.

Terima kasih,..
Aku tetap ingat siapa aku,. dari mana asal aku, aku sedar diri aku.
Kita takperlu bercakap,.sebab aku tak LAYAK untuk di layan..

ALLAH SWT,berilah aku lagi dugaan itu,kerna aku redha dan mampu,. sebab aku hambaMU yang kuat dan tabah!

Friday, September 09, 2011

Aku tak tau!!

Aku tak tau di mana silapnya aku,.
Aku tak tau kenapa aku perlu terbeban dengan perasaan aku sendiri,.
Aku tak tau kenapa,.. kenapa jalan ni terlalu susah bagi aku,.

Aku tak tau,.
Apa salah aku,. mana silap aku,.Apa dosa aku..

Aku belajar untuk menjadi terbaik,. aku belajar semua hanya untuk dia,.
Tapi aku tak tau,kenapa aku merasa usaha ini hanya sia sia... Aku merasa ia semakin jauh dan jauh,..

Aku terlalu sakit,. aku terlalu KECEWA,.
Aku tak tau kenapa aku mudah MEMAAFKAN,..

Aku tak tau!!

Wednesday, August 17, 2011

Siapa yg bersalah,.?!

Siapa yg bersalah,.? si perempuan yg bergelar istri itu atau si lelaki yg juga bergelar suami,!
Agak payah untuk mentafsir kerna seakan akan kedua dua mahkluk ini berkomplot untuk mengenakan pasangan masing masing,.

Sudah di beritahu kapada lelaki jangan melayan si perempuan yg sudah menjadi istri orng itu,. yg rajin atau sangat terlebih masa menghubungi si suami orang ini,.Wahhhhhh!! Ini tidak,macam suka pulak kan~~ wahai perempuan bukankah anda tahu yg silelaki itu sudah mempunyai isteri,. kenapa perlu membuat muka tidak tahu malu mencari cari si lelaki itu kembali,. Yg lepas itu biarlah lepas,jikadi ukur agaknya kesilapan siapa dulu yg begitu jalang mencari jantan lain untuk di buat suami,.dan sekarang anda seolah olah tidak mempunyi maruah langsung,. atau memang tidak tahu malu,sengaja atau memang menggeletis menghubungi lelaki ini kembali,.

Saya tidak mengatakan itu salah,.tpi sebagai wanita yg juga sudah bersuami,tidakkah anda mempunyai perasaan yg sama seperti saya.. cuba anda terbalikkan keadaan ini sekarang jika si suami anda saya hubungi pada waktu waktu tertentu,.? Tidakkah itu mendatangkan rasa curiga dan syak wasangka pada diri PUAN?!

Apa yg saya ingin adalah,. hormatila perasaan saya yg juga seorang perempuan dan isteri ,..Memandangkan anda juga seorang isteri pasti anda sangat mengerti ini,.Atau anda sememangnya bangang dan bebal,. Dan juga mati akal,..

Nikmatila hidup anda yag lengkap itu,. Yang saya kira sudah cukup bahagia. Tentu anda bimbang kan jika datang seorang perempuan asing menyelit di antara anda dan suami anda,.

Saya rasa tidak perlu dan tiada alasan pun kenapa anda perlu menghubungi kembali lelaki yag satu ini yg juga bergelar suami saya,.  Tiada alasan kan?!~

Fikirla wahai PUAN,.bahawa ALLAH itu maha ADIL,. apa juga alasan bodoh yg puan ciptakan untuk dapat menghubungi lelaki ini ,.. akan PUAN rasai apabaila ia terjadi pada SUAMI kesayangan puan,.

Sekian,

Wednesday, August 03, 2011

aKU. mEMANG tugu!

Ape,.\?!~


Ahahahahahahha tade pape,.
aku memang TUGU,.
TUGU peringatan,.
untuk orang lalu lalang,.atau melawat saje,.
"Owhh yeaaaa ini lah dia yer,., yang tu kan,. blaa bla blaaaa,.."
Dan mereka terus berambus pergi lepas sebok ciet itu dan ini pasal tugu tu,.
sekejap jer penting nyer,. lepas tu dah tk ingat ,.lupe dah,.
esok esok orng datang melawat atau lalu lalang lagi,. perkara yg same di ulang,..


betul TUGU peringatan yg mlang,.yng bukan untuk di syng akan seni nye,apa yg ade di dlmnyer,.
di sebalik TUGU tu,.tpi hnya untuk singgahan lalu,....


owhhhhhhhh TUGU!!!

Saturday, July 23, 2011

Ikhlas!

Huishh,. bunyi tajuk entry yang sangat serius,.. Serius ke,?! Ahahahahaaa
Apa ikhlas,.?!
Kalau betul ikhlas tk perlu hendak mengharapkan ucapan Terima kasih pada orang yang kita dah tolong.
Kalau ikhlas tk perlu hendak marah marah atau komplen bila tiada ucapan Terima kasih.
Kalau betul ikhlas,. Senyum sahaja,tak perlu mengharapkan balasan.
Kalau betul ikhlas sematkan dalam hati bahawa ALLAH akan membalas apa yang kita lakukan itu..

Ini tidak.Ucapan dibibir yang keluar adalah "aku tolong sebab ikhlas,."ikhlaske bila sudah menyalak bagaikan anjing yang ingin sekali meruntuhkan bukit.
Bising sana bising sini, bercerita di sana bercerita pada orang sinun. "Owh. kau tahu,aku tolong dia IKHLAS,tapi dia langsung tk ucapakan Terima kasih,.."  Ikhlas yer??!

Kalau ikhlas,.Diam diam sudah,. Fitrah kebanyakkan manusia kan sering kali lalai untuk menghargai dengan apa yang sudah di beri.Kita pon begitu juga!




Selesai

Hari ni baru ada mood nak masukkan entry baru.

Semua dah selesai,.majlis nikah,majlis sanding dan majlis bertandang,.Alhamdulillah!!
Sangat lega,.walaupun ada beberapa pekara yang bikin aku panas hati. kepanasan yang orang tk faham,. Tapi apakan daya,.Ku telan jua! Ku senyum jua walaupun tk ikhlas.


Apa yang jadi sekarang?!
Buat sementara sebelum dapat kerja yang baru,ku duduk bersama mertua dan adik adik ipar.
Alhamdulillah semuanya baik baik sahaja.
Perancangan terdekat adalah mencari kerja secepatnya.





Thursday, July 07, 2011

Aku seorang penadah!!!

Apa aku nak buat,. aku seorang penadah,seorang penumpang,..
Bila bosan,. aku baring,. aku cuba tidur,.
Bila sunyi aku ingat kembali saat manis yg ada,.
Bila sepi,. aku menjadi penadah pinjam pc orng,. buat muke yg setebal kulit kerbau kasik redah pc orang,
apa nak buat,. aku seorang penadah," jika perhatian pon engkau pelu menadah,. "what a life!!! lebih baik hidup dalam kuburan,. atau menjadi maling mayat reput..

Seorang penadah kehidupan,. pngemis rasa cinta dan sayang,.

Thursday, June 23, 2011

Menjelang HaRI Bersejarah: 2 Hari Sebelum

Khamis 23rd June 2011: 2 Hari sebelum hari pernikahan aku,. Orang kata berdebar,. tapi aku rasa tidak,. Cehhhhhh belagak gila bunyi nyer,. Bukan la belagak sangat tpi itulah hakikat nya,. Mungkin penat agaknya kot,. Penat berkemas,.

8.30am:
Dah bangun,. walaupun mata bagai di gam punya mengantuk,. Sebab malam tadi kurang lena sikit,.
9.00am:
Breakfast dengn air kopi dan cengkongdok pisang,. Hahahaa buatan emak,. Ngeee
10.00am:
Memasang langsir emak yang baru di buat tu,. Cehhhh sume serba baru, takperla nanti RAYA tk payah la buat lagi yer tidak,.?! Kan,.
11.00am:
Mengantuk la,. Sambung tidor,. wahahahahahaa
12.30noon:
Baru bangun,. Hehehehehe lapar arr pulak.. Makan dulu.. Berlaukkan Pucuk Paku masak lemak dan ikan Tonggol goreng,. Masyukkl,. Alhamdulillah sedap,. Biasalah emak masak,. Emak lagi,. Haishhhhhhhhhhhh!!!
1.00petang:
Tengok tyv ,. buat apa yang patot,.
1.00petang dan keatas:
Emak dan abah biasalah ,. sibuk buat itu dan ini,. Senang katanya nanti orang datang takla banyak kerja nak di usai.


- Goody bag semua dah siap di isi malam tadi,.
- Barang barang untuk kenduri semua dah ada,. ALHAMDULILLAH
- Bilik tidur dah siap pun,. Semua buat sendiri dengan bantuan Kak Long.
- Hantaran jangan cakapla,. sebulan sebelum dah siap dah,. Aku buat sendiri jer,. Jadila,. Senang hati,.
- Pelamin akan di pasang hari ini,. Lepas Isyak,. menurut yang tukang pasang la.
#Esok sambung lagi

Agenda untuk esok:
- Nak kene keluar ke pekan PD pula. Untuk beli kek kahwin. Dan buah buahan untuk gubahan katanya. Biasala kang beli awal awal habis kene ngap dan rosak,. Terpaksa walaupon malas sebab penat!!

Sunday, June 19, 2011

Hari aku!

Engkau nampak tak aku tengah menangis?! tk nampak kan,. sebab engkau jauh,.
Tapi engkau takde perasaan ker?? perasaan nak kol aku ker? Tenang kan hati aku,

Paling paling bangsat pon tunjukkan perasaan kesian kt aku pon takper la!

Wednesday, June 15, 2011

Letih!

Ingat kan dah resign tk pening,. rupanya lagi pening duduk rumah! Penat! Letih!
Lagi elok pergi kerja pagi,. balik pukul 5. satu hari di ofis,balik rumah buat apa yang patut dan,.. tidur!
Esok dah hari baru.

Macam macam,. 26 tahun dengan macam macam,kalao baru 26tahun hidup dah tak larat dengan benda yang macam macam, macam mana la kalau di izinkan ALLAH SWT umur panjang nanti,. Nak menghadap kerenah manusia yang bikin sakit kepala, sakit hati. Kiri kanan depan belakang dengan kerenah yang sama.

Puas aku fikir! besar gadang mana la perlakuan buruk aku yang orang tak henti henti nak menyakitkan hati aku. Lepas sorang,. sorang lagi. Nak kata aku belum terima balasan,. dah puas ALLAH SWT balikkan hukum karma pada aku. Dengan tanpa sedikit merungut pun,. aku pikol!

Cara percakapan ,. intonasi suara macam aku ni jahat sangat! Bila di tanya, diam membisu tak menjawab.
Tapi peliknya di belakang umpama tin kosong yang bising,.

Apa lagi aku nk fikir?! apa lagi aku nk buat ,. nak bagi orang nampak yang aku ni tk la buruk sangat pon perangai. Aku dah banyak berubah,tapi masih orang tk nampak,. bukan la nak heboh sangat kata aku ni ah baik,. Tidak pon!! Cuma buang la pemikiran yang lama tu.

Arghhhhhhhh apa di kisah orang!! Apa di apik cakap cakap orang. Tonggang tebalik pon esok aku sorang. Lebih baik aku kesahkan diri aku. Lantakla,orang nak dulukan kekawan,.. anak orang lain baik dari aku ke.. aku jahat ke.. Lantakla!!!! Tak guna nak sakit hati,tak guna nak menangis. Macam tak biasa sorang sorang!!!

Friday, June 10, 2011

Alergic!


Aku menghadapi alergik sejak 2 hari lepas,. kalau la aku boleh tunjuk pada kamu semua,.
Masalahnya tk boleh,.
Kali terakhir aku d serang alergik yang mcam ni asa zaman sekolah,. dah lama sangat,. Di tapak kaki dan tangan,.
Akan timbul gatal gatal dan perit,. dan melembung,. tk besar tpi halus halus,. dan banyak! Nasib baik bukan yang berair,.
Puas dok fikir aku makan apa ekk?!! takkan pasal udang yng aku makan 4 hari lepas tu??! ishhhh
Malas nak pergi klinik,. tk tau nak sapu ubat apa. Biar kan jerlaa
Masalah bertimpa timpa pulak,. Hurmmm redha jerla,



Wednesday, June 08, 2011

Kan elok,. kalau kita saling menerima seadanya! :)

Kan elok,. kalau kita saling menerima seadanya! :)
Kenapa aku boleh,. kenapa engkau tidak! :)
Sedihnya hati aku sampai ke tulang sumsum!:)
Tapi aku trima jer!:)
Sebab memang betul pun,. itu kan aku,Dah memang aku begitu!:)
Aku macam tu pun ikut tempat. Kalau depan orang ramai /orng tua insya'ALLAH aku jadik seorang yang umpama " pijak semut pon tak mampos"!!!! :)
Jangan risau ok. Air muka engkau sentiasa keutamaan aku! :)
I AM NOT A TYPE OF GIRL YANG MENGGEDIK!
Manja aku bertempat,. Kalau tak boleh bergurau rajin rajinkan la diri pergi surau!!!
Kan lebih elok kalau kita saling menerima seadanya! :)
Adil kan?!
Aku terima!:)
Engkau..?! :)
TERIMA KASIH!
JUST GET AWAY FROM ME,.
RAMAI LAGI PEREMPUAN GEDIK KT LUAR SANA,.
Just pick one,. but don't regreat sebab engkau nanti cuma akan di jadikan jantan simpanan untuk duit dans time sangap!!!!
SEBAB?! TANYALAH DIRI SENDIRI,. JANGAN JADIK BINGAI TANYAA AKU BALIK KENAPA,.



Monday, June 06, 2011

Satu perkara!

Satu pekara yang aku tak faham,.sampai sekarang aku tak faham,.
Perkara apa ?! owhhh mengenai seseorang yang tak boleh merelakan masa silam dengan ikhlas,..
Yang masih di belenggu oleh masa lampau,. yang langsung tiada hala tuju hidup,. yang masih bergantung harap pada perkara masa silam,.
Serius! Aku tak faham,.

Lagi tak faham bila masih boleh memberi harapan pada orang yang lain,.
tetapi masih memikul kisah kisah masa lalu.Seolah masih tidak dapat menerima takdir yang di tentukan.
Entah,. tak tau nak berfikir yang macam mana,. jika terlebih andaian,takut salah dan mendatangkan dosa.



Yang sakit,. adalah orang yang di beri harapan,. yang baru muncul dalam hidup. Jika masih tidak boleh melepaskan kisah masa lalu.. Jangan memberi harapan,kerna itu kan mengecewakan dan melukakan hati orang adil,. Tidak adil bukan?!


Memang ia tidak boleh di lupakan,.


*APSAL AKU SAKIT HATI NAK TULIS ENTRY PSAL BENDA BODOH NI??!!!. KALAU LA MASA BOLEH DI UNDUR.. AKU TAK NAK TERJEBAK DALAM BENDA NI SEMUA..HARUS TAK AKU REDHA?!



Sunday, June 05, 2011

Tak suka! tak suka! tak suka!

Aku tak suka kena paksa,..
tk suka di paksa. kalau aku mau aku boleh lakukan sendiri,.
Apa yang tak faham sangat sampai nak memaksa,.?!
Tak reti bahasa ke orang tak nak,.

Benda senang pon tak faham,.

Jangan paksa,. tak sukala! setiap orang ada kemahuan sendiri,. Tolong hormat sikit.
Engkau bukan siapa siapa yang boleh tentukan hidup aku.
Apa yang aku suka,apa yang tidak,.semua itu terpulang pada aku sendiri!!